kaabah kiblatku,al-quran imamku,islam agamaku

Sabtu, 31 Disember 2011

tiada 'COUPLE' dalam islam!





Keterangan:dialog oleh sepasang pelajar yang ditangkap khalwat dengan seorang ustaz.Hayati intisari dialog ini dan muhasabah diri kita masing2.


Pelajar:Kami tak berzina!!!!


Ustaz:Maaf,saya tidak menuduh kamu berzina tetapi awak menghampiri zina.


Pelajar:Kami hanya berbual-bual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum,maka adakah itu menghampiri zina?


Ustaz:Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.


Pelajar:Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berminat kearah itu


Ustaz:Hari ni,ya.Ttapi mungkin esok kamu kecundang.Kamu dalam bahaya.Jangan bermain dengan bahaya.Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.Sudah banyak tipu daya syaitan yang terkena sasaran.Mereka telah mnipu nenek moyang pertama kita iaitu Adam dan Hawa.Siapalah kita berbanding mereka.Pesan Rasulullah SAW, "Janganlah kamu bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan."(Riwayat Tabrani).


Pelajar:Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak bersua muka pun.


Ustaz:Betul.Itu salah satu yg dimaksudkan dengan menghampiri zina.Memang pada awalnya tidak bersua muka,tapi perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.Pertemuan pertama tidak mungkin terhenti di situ sahaja,percayalah,ia akan berterusan dam berlanjutan.Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya?.

Pelajar:Takkan berbual pun tak boleh?itu zina juga ke?

Ustaz:Zina adabermacam-macam jenis dan peringkatnya ada zina betul,ada zina tangan(berpegangan tangan),ada zina mata(melihat kekasih dengan perasaan berahi).Ada zina hati,iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, "Kedua-dua tangan juga brzina dan zinanya ialah brsentuhan.Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalam menuju ke tempat prtemuan.Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman."(Muslim dan Abu Daud).

Pelajar:Duduk berbincang tentang pelajaran tak boleh ke ustaz?

Ustaz:Berbincang betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselitdalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang tetapi tidak mendapat keberkatan Allah,kejayaan itu tidak memberi sebarang kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi.Jangan berselindung disebalik ilmu yang mulia.Allah suka kepada orang yang berilmu.Jadi belajar hendaklah mengikut batas dan ketntuan Allah. Belajar akan menjadi ibadat .Adakah berbincang pelajaran dengan cara ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid.

Pelajar:Tidaklah,sungguh berbincang tentang pelajaran.

Ustaz:Baik sungguh kamu berdua,takkan kamu berdua tidak perasan apa-apa? Awak tak sihat ke? Ingat kita bukan malaikat tak ada nafsu .Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan.

Pelajar:Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz:Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar?  Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sendiri. Ingat ramai orang yang belajar dengan kaum sendiri cemerlang . Lebih tenang,tidak terganggu, dapat rahmat dan berkat lagi.


kesimpulannya:,.............>>>>>>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my official blog!~