kaabah kiblatku,al-quran imamku,islam agamaku

Rabu, 28 Disember 2011

Solat Fardu





Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya solat merupakan kewajipan yang ditentukan waktunya terhadap orang-orang yang beriman."(Surah al-Nisa' 4: 103)

'Ubadah bin Samit ada meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ada lima solat yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap seorang hambanya. Sesiapa yang mengerjakannya tanpa mensia-siakannya dan tiada dia menganggap remeh,maka baginya di sisi Allah tiada sebarang janji(untuk memasukkannya ke dalam syurga). "(Riwayat Abu Daud, al-Nasa'i, al-Darami, Ibn Majah dan lain-lain)

Waktu Solat
    Solat yang difardhukan wajib dilakukan pada waktu tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tanpa kompromi bermula daripada bangun tidur sehingga kembali tidur.




WAKTU
 Subuh ialah antara 'terbit fajar sadik hingga matahari terbit'
 Zuhur ialah 'bermula dari condongnya matahari ke barat hingga bayang-bayang sama panjang dengan objek'.
 Asar bermula apabila 'bermula sebaik waktu zuhur hingga matahari kekuningan atau hingga matahari terbenam'.
 Maghrib bemula daripada 'terbenam matahari hingga hilangnya mega;iaitu warna kemerahan yang mengiringi matahari terbenam'.
 Isya' barmula dari hilangnya awan merah hingga terbit fajar sadik'.

Ada yang mengeluh betapa beratnya solat fardhu yang lima waktu itu.Mungkin mreka lupa bahawa Allah telah memberi diskaun sebanyak 90% kepada hambanya berkat nasihat nabi Musa a.s kepada Rasulullah SAW sewaktu menerima perintah solat itu. Pada awalnya, Allah menyuruh mengerjakan 50 waktu solat,tinggallah hanya 5 waktu solat. Adakah kita masih tidak malu mencipta beribu alasan untuk tidak mengerjakan solat fardhu?

adakah anda sudah bersolat?
tunaikanlah sebelum terlambat,...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my official blog!~