kaabah kiblatku,al-quran imamku,islam agamaku

Rabu, 28 Disember 2011

10 golongan yg tidak diterima solatnya








bismillah,..
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,:
"Barangsiapa yang menjaga solatnya dan tidak meringan-ringankan kewajipan solat,maka adalah tiada halangan baginya untuk masuk ke syurga dan solat itu akan menjadi cahaya,petunjuk dan jalan yang lurus untuk dirinya,Barangsiapa yang tidak menjaga waktu solat maka solat yang dijalankan tidak akan menjadi cahaya,petunjuk dan jalan lurus untuknya.


Baginda juga bersabda bahawa terdapat 10 golongan yang tidak diterima solatnya,.:


1.Seorang lelaki yang solat secara sendiri tanpa membaca sesuatu.
2.Seorang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.Seorang lelaki yang solat tetapi tidak meminum arak tanpa bertaubat.
4.Seorang lelaki yang melarikan diri daripada rumah tanpa izin kedua orang tuanya.
5.Seorang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmumnya membenci dirinya.
6.Seorang isteri yang derhaka kepada suaminya.
7.Imam atau pemimpin yang zalim serta menganiaya.
8.Perempuan yang solat tanpa menutup kepala (bertudung).
9.Orang yang suka memakan riba'.
10.Seorang yang menunaikan solat tetapi tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan sesuatu yang keji lagi mungkar.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Barangsiapa yang solat tetapi tidak dapat menahan diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar,maka sesungguhnya mereka hanya menambah kemungkaran Allah swt" 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my official blog!~