kaabah kiblatku,al-quran imamku,islam agamaku

Sabtu, 22 Disember 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW.




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit         pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Sayangi Dan Muliakan Ibu Bapa

bismillahirohmanirohim(:


 

             Sentiasalah berbuat baik kepada ibu bapa. Ibu bapa sebagai orang yang melahirkan , membesarkan dan memdidik kita, sangatlah mulia kedudukannya di sisi Allah SWT. Perintah untuk berbakti kepada orang tua disejajarkan dengan perintah menyembah hanya kepada Allah SWT .Sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "redha Allah terletak pada redha ibubapa,manakala murka Allah terletak pada murkanya ibubapa"

            Kita sebagai anak-anak haruslah sentiasa menyayangi dan mentaati perintah kedua-dua orang tua kita. Hal ini kerana hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitannya dengan hubungan terhadap Allah SWT. Jangan sesekali kita membantah apatah lagi meninggikan suara ketika bercakap dengan ibubapa. Memandang dan memberi senyuman kepada ibubapa pun dikira sebagai satu ibadah.

  Firman Allah maksud-Nya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya,atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan "AH!", dan janganlah engkau menengking merekaa, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia" (al-Israa":23) 


 Doa buat kedua ibu bapa...


Jumaat, 21 Disember 2012

Jika Aku Jatuh Hati

 


Bismillahirohmanirahim

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripadaMu...
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmata itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia KepadaMu...
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amiin Ya Robbal Alamin...

Ahad, 16 Disember 2012

TIP HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM



------------------------------------------------------BISMILLAHIROHMANIROHIM--------------------------------------

MENGUBAH POSISI
-----------------------
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|

BERWUDUK
--------------
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|

MEMBACA TA'AWUZ
-------------------------
⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|

BERZIKIR
-----------
⇨Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.

KAWAL LISAN
-----------------
⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

MINUM AIR
--------------
⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.

BERKATA KEPADA DIRI
----------------------------
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

SUMBER : SOLUSI ISU 49

Without ALLAH our week would be







Without ALLAH our week would be 

SINday .. MOURNday ..TEARSday .. WASTEday .. THIRSTday ..FIGHTday .. SHATTERday ..

& 7 Days without ALLAH Makes ONE WEAK

SEKARANG berbeza dengan DULU2





Assalamualaikum....Nak Share skit...
Zaman Rasulullah SAW:-

Khadijah amat TERTARIK / MINAT / SUKA terhadap Rasulullah SAW .....
Apakah TINDAKAN beliau???
Dengan Itu, Dia terus melamar Rasulullah SAW...
Rasulullah SAW menerimanya....
Dan Menjadi isteri yg SAH.....GIRLFRIEND yg SAH....

Zaman Sekarang.....

Seorang Pemuda / Pemudi yg begitu TERTARIK / MINAT / SUKA terhadap seseorang
.....
Apa yang mereka LAKUKAN???
Pemuda / Pemudi :- Awak.... jom COUPLE.....Saya ske awak.....

ATAUPUN........

Pemuda / Pemudi :- "Assalamualaikum... tgh buat apa tuu???" kemudian semakin rapat dan timbul perasaan KASIH SAYANG antara satu sme lain....

Nampak Perbezaannya???
*Sekiranya anda sayang seseorang...tidak perlu COUPLE....
Doa sudah ckp utk SI DIA....
Takdir sudah ditentukan kan??? Tidak salah semakin rapat.... atau sentiasa contact..
Tetapi bila sudah jadi suatu yg LALAI ataupun PEMBAZIRAN....Sudah DOSA....
Ingat!!!! Allah tidak suka orang yg membazir...sesungguhnya ia adalah amalan SYAITAN....

boleh ke masuk masjid kalau haid??





Setelah 2,3 hari aku ulang ulang kaji dan muzakarah pasal haid dan masjid dengan syaikhul hadis disini,maka disimpulkan disini bahawa secara ijmak soreh(sepakat yang kuat) bahawa:

-wanita yang haid itu haram secara mutlak untuk duduk,lepak2,dalam ruang solat masjid.

-kat koridor,kaki lima dibenarkan,sebab ia dikira luar masjid,melainkan tanah yang diwakafkan untuk niat ruang solat masjid tu diorang buat koridor,maka koridor tu pun dikira masjid dan haram duduk kat situ,tapi kebiasaannya,tanah wakaf masjid hanya dijadikan ruang solat dan ditutup dengan dinding(bangunan masjid),maka koridornya tidak termasuk masjid,so kalau nak dengar ceramah,lepak la kat koridor,atau bilik asing macam bilik untuk kelas fardhu ain,tempat wudu,dapur,dewan dan lain2 asalkan bukan ruang solat masjid yang utama.

-surau dan musollah bukan masjid jadi harus berada dalamnya,tapi lebih baik hindarkan sebab ia tempat suci yang khusus digunakan utk solat,wajib hormati benda suci dalam islam.

-Harus untuk lalu dalam masjid dengan syarat tidak khuatir darah menitis dalam masjid.(perkara ni yang ramai salah faham,diorang fikir zaman dulu haram masuk masjid sebab tak de pad yang baik untuk tahan darah dari menitis dan kononnya sekarang dah ada macam2 pad ini,pad itu,i-pad pun ada,maka kononnya tak haram masuk masjid sebab tak menitis darahnya,ini satu bentuk kejahilan murokkab,sebab wanita haid haram masuk masjid bukan sebab takut menitis,tapi sebab diri mereka sendiri tu yang kotor dan berhadas besar,sama macam haram sentuh quran kalau kita berhadas kecil sebab quran lebih mulia dari masjid,jadi bukan perempuan haid je haram masuk masjid,orang berjunub,laki yang keluar mani dan belum mandi wajib pun haram masuk masjid juga sebab mereka semua BERHADAS BESAR,ayuh mari keluar dari KEJAHILAN!).

Dalilnya:

Quran:

"Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan (jangan dekati masjid) dalam keadaan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi wajib."

(Suran an-Nisa: ayat 43).

Ayat ini muhakamat,bukan mutasyabihat,jadi perintahnya itu solid,tiada khilaf dan tidak boleh timbulkan khilaf,jelas terang dan bersuluh bahawa seseorang yang BERHADAS BESAR haram untuk masuk masjid kecuali LALU sahaja.

Aku check sababun nuzul kitab imam suyuti ayat ni merujuk kepada beberapa sahabat ansar yang pintu rumah mereka di sebalik masjid dan terpaksa masuk masjid untuk masuk ke rumah mereka,so di kalangan mereka ada yang berhadas besar dan takut nak keluar sebab masjid tempat suci,nak mandi wajib,air pulak tak da dalam rumah,jadi allah benarkan mereka lalu dalam masjid untuk pergi amek air untuk mandi wajib.

Dalam tafsir ibn kathir lak dia tulis ayat ni untuk orang junub(keadaan selepas berjimak),tapi orang haid dan nifas juga termasuk sebab sama2 berhadas besar.

Dalam tafsir tanwirul miqbas iaitu tafsir sepupu nabi yang bernama ibn abbas r.a pulak cakap "tempat solat" yang dimaksudkan dalam ayat quran tu memang masjid jadi jangan dekati kalau berhadas besar.

Dalil hadis:

Dalam kitab iqna' dan tahzib(fiqh mazhab syafie) ada diorang bagi hadis riwayat abu daud,dari aisyah yang nabi bersabda " TIDAK HALAL bagi orang berjunub dan wanita haid untuk masuk ke masjid."

Pastu ada lagi hadis sahih riwayat imam muslim yang nabi mintak aisyah r.ha ambil kan sejadah dari masjid(rumah aisyah dan masjid nabawi bekembar).

Tapi aisyah jawab, "inni haaidh" yakni sesungguhnya aku sedang haid..jadi ibunda tercinta kita telah faham hukum bahawa haram masuk masjid kalau haid,sebab tu dia cakap camtu,tapi nabi jawab lebih kurang: "perkara haid tu bukan di tangan(kawalan) kamu" ,ulama hadis tafsirkan ini sebagai nabi suruh pergi amek juga sejadah dalam masjid sebab wanita haid harus lalu dalam masjid(dalil dari ayat quran tadi),bukannya nabi suruh dia pergi duduk dalam masjid lepak2.

Aku lihat pula dalam kitab2 imam yang 4,nak cerita panjang susah,aku buat kesimpulannya iaitu:

1. Imam Hanafi dan ribuan ulamanya: HARAM masuk masjid kecuali dalam keadaan darurat e.g: tiada air utk mandi. 

2. Imam Maliki dan ribuan ulamanya: Org yg junub TIDAK BOLEH masuk, samada berhenti atau lalu saja (masuk dr satu pintu dan keluar dr pintu yg lain). Ada pengecualian bagi yg dalam darurat seperti takut binatang buas, atau orang jahat , dan org yg rumahnya di dalam masjid- dgn syarat hendaklah bertayammum dahulu sbl masuk jika mahu stay lama utk sembunyi,tapi kalau nak lalu je tak perlu,tapi kalau darurat sangat dan tak sempat wudu,boleh terus sembunyi dalam masjid.

3. Imam Syafie: Orang yg junub atau haid BOLEH masuk ke dalam masjid, sekadar LALU. Syaratnya, tidak boleh berhenti atau berpatah balik, dan tidak boleh sampai mengotorkan masjid. 

4. Imam Hambali: Orang yg junub atau haidz BOLEH sekadar LALU di dalam masjid, bahkan boleh berpatah balik (dgn syarat tidak mengotorkan), TETAPI TIDAK BOLEH BERHENTI di dalam masjid. 

Soalan: tapi ustaz saya cakap boleh masuk dalam masjid lepak dengar ceramah!!!sebab nak menuntut ilmu..guane ustad???

Jawapan: samada yusuf qardawi,dr.maza,tok guru nik aziz,ulama umno,ulama pas,ulama tabligh,ulama sufi atau sapa saja yang cuba pandai2 buat fatwa baru yang khilaf dengan ayat quran dan hadis yang qat'ie serta ijmak yang soreh,maka pendapat mereka tertolak setolak2nya sebab:

1)Mereka ustaz biasa dan bukan mujtahid seperti 4 imam mazhab,dan untuk layak jadi mujtahid imam ahmad rah cakap kena hafal PALING KURANG 400 000 hadis sohih berserta sanadnya kepada nabi,itu minimum dalam bidang hadis SAHAJA,belum lagi puluhan cabang ilmu yang lain seperti usul quran,usul fiqh,ifta,balaghah,mantik,nahu,sorof,bayan dan lain2.Jadi ulama2 zaman sekarang walaupun mereka diagungkan media dan ada ribuan pengikut,tapi hakikatnya mereka bukan mujtahid dan TIDAK LAYAK MENGUTARAKAN KHILAF TERHADAP PERKARA INI.

2)Ijmak soreh dalam 4 mazhab ni sangat kuat,bayangkan dalam mazhab syafie je ada ribu2 ulama,campur lagi 3 mazhab,maka ada ratusan ribu ulama yang bersepakat,dan mereka bukan ulama biasa,tiba2 ada ustad kat universiti yang baca kitab arab tak de baris pun merangkak2 nak khilaf dengan mereka dengan menghalalkan orang haid masuk masjid,maka suruh ustad tu balik jaga anak je..lebih baik diam daripada menyesatkan umat.

MUKTAMAD ! ! !

Note:Fuh...puas ati aku...status paling panjang dalam dunia...kalau ada yang tak puas hati jugak,bunuh je orang tu..virus umat..menyusahkan orang,mengelirukan umat!!!!

via UIB

Sabtu, 15 Disember 2012

sifat orang yg DIRINDU syurga




SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 HINGGA 11.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela:

7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;

10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi--

11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

nasihat untuk 'HAWA'




Kenapa terlalu banyak nasihat untuk wanita. Asyik-asyik nasihat untuk wanita?

Jawapan: Kerana hadis sahih menyatakan wanita adalah golongan minoriti di Syurga dan majoriti di Neraka. 

Oleh kerana sayangkan mereka, sebab itulah nasihat kepada wanita melebihi golongan lelaki. Dengan harapan, moga-moga nama mereka tersenarai sama dalam golongan minoriti Syurga tu.

--
Kalau tak tolong mereka tak boleh ke?

Jawapan: Adil ke;

- bila nak makan, wanita yang masakkan untuk anda
- bila cedera, jururawat yang balutkan luka anda
- bila lelaki pun dijaga oleh seorang wanita yg bernama ibu sedari kecil
- bila nak bercinta, anda bercinta dengan wanita. bukan sesama lelaki.
- bila nak bernikah dan bermanja, anda cari wanita yang bernama isteri

Adil kah anda bila anda rasa biar lelaki sahaja masuk Syurga. Lantaklah wanita nak masuk neraka. Dah memang mereka majoriti dalam neraka kan?

Pastinya tak adil kan???

sentiasalah nasihat kami kalau kami khilaf.. :'(

Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada ?


Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.


Siapa yang jadikan mata kita?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?

Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?

Sekadar Renungan....

Selasa, 13 Mac 2012

teman seperjuangan

bismilallah,
aku ade ramai kawan kat sakti,.ramai sgt,
tpi kawan aku yang aku paling sayang dan yang baik sgt dgn aku dikala aku susah dan senang n slalu beri tunjuk ajar kat aku kalau aku tak paham,
merekalah best buddyz aku!!


em,..manusia ni nama die umi nadhirah bt tumin,..
die baik la sgt2 dgn aku,..
aku pun rapat dgn family die,.
aku slalu cerita masalah kat die n die pun slalu cite masalah kat aku,.
ibarat cam rahsia aku,rahsia kau,rahsia kita,..
haha,.best la kwn dgn die ni,..sbb die ni gile2 orgnye,..
em bufday die 23/3,...
aku pun slalu buli die,..haha,..sori kawan  maen2 je,...

 manusia ni pulak nama die nur hafizah bt faisol,..
die ni comel la,.tpi kadang2 m'yakitkn hati,.
die pn slalu cite mslh kat aku,.
die ni baik sgt2,.die slalu ajar aku math,.kalau aku tak paham,..
bufday die same ngan aku,..1/10
die ni teror pasal IT,tanye je pe,..sume boleh,..

 em,..yang ni pulak nama die zaiti akhma bt zainalabidin
die ni baik ngan aku,.pemurah orgnye,.
aku slalu jgk share masalah dgn die,.
die ni pandai,cantik,baik pulak tu,.
best la kwn dgn die,..
die pun sorng yg sgt rajin,..

yang ni baik sgt2 dgn aku,...
nama die nur hanis izzati bt abd.hamid
 bagi aku die ni sorng yg misteri,..
die ni pun gile2 jugak otknye,..haha,.
suke sgt2 kwn dgn die,..
die ni pemurah yang amat,..dah la comel sgt,..
die ni minat gile ngan korea,...huh pening klau layan korea die,..

em,..yang ni pun baik gile2 ngan aku,..
aku selesa la kwn dgn die dripd skolah rendah lagi kot,..
die ni mmg kwn baik aku dripd aku kecik,..
i mean drpd skolh rndh la,..
name die siti nursyafinaz bt mohd.safie
die pn slalu share story kat aku,aku pn sme,.
aku suke la kwn dgn die ni,..


tula kwn2 yang aku sgt syang,..
semoga kami terus bersama dan mencapai kejayaan,..
sama2 sweet 15th,..sme sme dpt 8a pmr,.
sme2 spm 9a+,..
Insya'Allah,.
Ya Allah,kau peliharalah hubungan kami,..

Isnin, 12 Mac 2012

we're from 2 pearl 2011

 
we're from

mase awl2 taun sebok cat  kelas,.

ha,..bersihkn2,..











sambut birthday teacher fiza nordin,.. 
botol ape la,..kacau daun,..

celebrate birthday techer fiza,...suke je,..

mse pertukaran hadiah 'sa'
suke la tu dpt hadiah,..bestnye la,..

penyerahan hadiah sa,..ape ek dlmnye,..cm best je
 
wa,..best ladpt hadiah sa,.happy ye la,.

wa,..lawa la spek hitam tu,.nk jugak!!


da akhir taun tak tw nak bwat pe,..
haha,..kanak2 yang terpinggir di tepi klas,..diam je sume,..


bosan,..da abis exam akhir tahun,.x tw nak bwat ape,..

rajin ye la,..study form 3??

huh,..terang sangat patut pakai spek,..
 
em,..apau..bosan er,..





cemburu tau memang salah?

bismillah,.
cemburu atau memang salah?
persoalan ni yang berlegar di kepala aku,..
aku tak tahu nak katogerikan manusia ni sebagai cemburu atau memang aku yang salah,
ya allah,sekiranya aku yang memang bersalah,kau berilah petunjuk ya allah agar aku dapat perbaiki kesilapan aku itu,
aku tak tahu aku buat salah apa,mungkin aku alpa dan terlalu asyik masa itu sampaikan aku lupa pandangan orang lain terhadap aku.
aku ke yang salah?
dia yang kacau aku,
aku tak buat bising pun masa tu,
aku tak layan dia pun,
aku tak buat pun yang sebagaimana kau salahkan aku melakukan perkara tersebut,
adakah kerana masa tu bising sehinggakan menggangu kau study menyebabkan kau salahkan aku yang tak buat bising sikit pun masa tu ataupun kau jealous dengan dia sebab layan aku????
just said the truth and Insya-Allah i can accept it well,..please la,..
i need an explaination from you,..

Jumaat, 27 Januari 2012

fatimah song (own created)

Fatimah,
Puteri Rasulallah,
Mendapat gelaran 'PUTIH BERSERI'
Dilahirkan pada,
20 Jamadil Akhir,
605 Masihi,
Mengahwini,.Ali B Abi Talib,
Menjadi isteri mithali,.
yang taat kepada suaminya,
juga kepada ayahnya juga,..
dikurniakan cahaya mata,
yang sangat dikasih Muhammad,
AZ-ZAHRA(2X)
Kau baik,..banyak pengorbanan,
Menjadi tokoh wanita,
Di dunia juga akhirat,
oh,..ZAHRA
Tabahnya dirimu ,
Hadapi kesusahan hidup,

Ahad, 22 Januari 2012

keistimewaan membaca basmallah


"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"


bismillah,.
setiap perkara yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan BISMILLAHIROHMANIRAHIM,..kan3??
dan aktiviti tersebut juga mestilah diakhiri dengan ALHAMDULILLAH,
apabila kita mengamalkan sunah ini kita akan memperoleh syafaat yang tinggi di sisi allah s.w.t,..dan insyalallah kita akan dapat melakukan kerja itu dengan mudah dan lancar atas bantuan-Nya,..

Di dalam syurga,terdapat banyak sungai yang mengalir,..
dan air sungai itu mengalir melalui penglafazan kalimah bismillahirohmanirohim,..
semakin rajin kita menlafazkannya,...INSYALLAH,..
semakin banyak pahala dan kenikmatan syurga yang ALLAH SWT sediakan untuk  umat-umatnya yang disayangi,..seperti sebuah cerita pada zaman kenabian dahulu,..

Terdapat sepasang suami isteri,si isteri sangat taat kepada ALLAH SWT dan tidak pernah lupa melafazkan Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaannya,..
manakala si suaminya,sangat mengabaikan tanggungjawabnya kepada agama seperti solat dan puasa.

Suatu hari,si suami berkata kepada isterinya,
"apakah engkau tidak bosan kerana sentiasa melafazkan kalimah bismillah itu wahai isteriku?.Aku sudah bosan mendengar perkataan itu dari mulutmu,..
suatu hari si suami ini ingin memberi pengajaran kepada isterinya,lalu dia memikirkan cara bagaimana untuk mengenakan isterinya,..
Dia telah memberi segantang wang kepada isterinya untuk disimpan,lalu isterinya mengambil gantang itu lalu menyimpannya di dalam almari.
Tanpa disedari isterinya,si suami telah mengintip semasa isterinya menyimpan duit itu,..
pada waktu malam,sewaktu isterinya sedang tidur si suami bangun lalu mengambil gantang duit itu dan dia mencampakkannya kedalam perigi belakang rumah mereka,..
Pada keesokan harinya,si suami meminta kembali duit yang diamanahkan kepada isterinya untuk disimpan,..
Dengan hati yang tenang si isteri membuka almari sambil melafazkan basmallah,lalu mengambil gantang diut yang disimpannya,..
Si suami sangat terkejut apabila dia mendapati isterinya memberi gantang diut itu kembali padanya,dengan rasa rendah diri lalu dia bertaubat kepada allah swt dan sentiasa mengucap basmallah setiap kali ingin melakukan sesuatu,

*melalui cerita itu,dapat kita konklusikan bahawa Allah maha adil kepada hambanya yang sentiasa beriman,..rajin2lah melafazkan basmallah insyallah allah bantu kita dalam kesusahan,..

my official blog!~