kaabah kiblatku,al-quran imamku,islam agamaku

Sabtu, 22 Disember 2012

Sayangi Dan Muliakan Ibu Bapa

bismillahirohmanirohim(:


 

             Sentiasalah berbuat baik kepada ibu bapa. Ibu bapa sebagai orang yang melahirkan , membesarkan dan memdidik kita, sangatlah mulia kedudukannya di sisi Allah SWT. Perintah untuk berbakti kepada orang tua disejajarkan dengan perintah menyembah hanya kepada Allah SWT .Sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "redha Allah terletak pada redha ibubapa,manakala murka Allah terletak pada murkanya ibubapa"

            Kita sebagai anak-anak haruslah sentiasa menyayangi dan mentaati perintah kedua-dua orang tua kita. Hal ini kerana hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitannya dengan hubungan terhadap Allah SWT. Jangan sesekali kita membantah apatah lagi meninggikan suara ketika bercakap dengan ibubapa. Memandang dan memberi senyuman kepada ibubapa pun dikira sebagai satu ibadah.

  Firman Allah maksud-Nya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya,atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan "AH!", dan janganlah engkau menengking merekaa, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia" (al-Israa":23) 


 Doa buat kedua ibu bapa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my official blog!~