kaabah kiblatku,al-quran imamku,islam agamaku

Sabtu, 15 Disember 2012

nasihat untuk 'HAWA'




Kenapa terlalu banyak nasihat untuk wanita. Asyik-asyik nasihat untuk wanita?

Jawapan: Kerana hadis sahih menyatakan wanita adalah golongan minoriti di Syurga dan majoriti di Neraka. 

Oleh kerana sayangkan mereka, sebab itulah nasihat kepada wanita melebihi golongan lelaki. Dengan harapan, moga-moga nama mereka tersenarai sama dalam golongan minoriti Syurga tu.

--
Kalau tak tolong mereka tak boleh ke?

Jawapan: Adil ke;

- bila nak makan, wanita yang masakkan untuk anda
- bila cedera, jururawat yang balutkan luka anda
- bila lelaki pun dijaga oleh seorang wanita yg bernama ibu sedari kecil
- bila nak bercinta, anda bercinta dengan wanita. bukan sesama lelaki.
- bila nak bernikah dan bermanja, anda cari wanita yang bernama isteri

Adil kah anda bila anda rasa biar lelaki sahaja masuk Syurga. Lantaklah wanita nak masuk neraka. Dah memang mereka majoriti dalam neraka kan?

Pastinya tak adil kan???

sentiasalah nasihat kami kalau kami khilaf.. :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my official blog!~